Blog mama n damia kini berpindah ke www.mamadamia.com/blog. Semua posting lama akan kekal di sini. Untuk posting baru akan berada di www.mamadamia.com/blog

Terima kasih
Sharifah Nor Irma

Anak saya Dafinah akan masuk 2 tahun Feb depan. Biasanya antara 2 ke 3 tahun, saat mencabar sedikit, sebab dia tengah 'explore'.

Masa ini masa anak mula belajar menjadi dirinya dan belajar bagaimana jadi orang yang tidak bergantung. Masa kemahiran bercakap dan imaginasi bertambah.

Anak 2 tahun hidup dalam 2 suasana iaitu bergantung dan tidak bergantung, penyayang dan benci, pemurah dan kedekut.

Anak 2 tahun belajar dengan cara mengajuk. Di rumah, dia akan ikut ibu bapanya, menyapu dengan penyapu bile mereka menyapu, berus gigi bila mereka berus. Dia buat dengan serius. Dia memahirkan dan memahami dengan mengikut secara tetap.

Jadi jika kita layan dia dengan lembut, anak 2 tahun juga akan belajar berlembut. Bagus untuk ajar anak ucap terima kasih atau tolong, tetapi lebih berkesan jika kita yang lakukan dulu dengan menggunakan perkataan-perkataan ini pada masa yang sesuai. Begitu juga jika ibu bapa guna perkataan yang tidak baik. Namun ini tidak bermakna ibu bapa tidak boleh langsung marah atau tidak bersetuju. Marah yang berterusan, ini memberi kesan tidak baik walau mereka hanya memerhati bukan kena marah.

Anak 2 tahun, bercakap 3 ke 4 perkataan ayat sementara ada yang dah mula sambung ayat. Jika anak 2 tahun hanya menyebut beberapa perkataan tertentu sahaja, perlu buat ujian pendengaran dan ujian perkembangan, walaupun kemungkinan mereka ini hanya anak yang lewat bercakap. Ini untuk memastikan jika terdapat masalah boleh dikesan awal.

Imaginasi dan percakapan berkembang seiring. Apa yang bermula dengan imaginasi yang mudah dan eksperimen akan menjadi make-believe play yang bagus. Untuk kembang imaginasi, biar anak main blok, anak patung, alat muzik, kasut lama dan banyak lagi objek yang boleh difikir. Dedahkan anak pada alam semulajadi walau hanya taman di kediaman kita.

Tv hanya akan menghadkan imaginasi anak kerana tv akan membuat semua benda dan memerlukan sedikit kerjasama dari anak. Hadkan menonton tv.

Anak 2 tahun masih tidak pandai berkerjasama untuk bermain bersama. Mereka mungkin suka melihat apa yang dimain oleh rakan sebaya, namun mereka lebih suka dapat bermain perkara yang sama secara bersebelahan, iaitu secara parallel. Tiada guna suruh mereka berkongsi, belum bersedia. Namun ini tidak bermakna anda menerima sikapnya yang tidak baik. Jika dia ambil barang kawan, anda boleh dengan tegas tetapi secara berhemah/bermain-main ambil barang dari dia dan pulang semula ke pemilik. Dengan pantas, alih perhatian ke objek lain yang dapat menarik perhatiannya.

Tawaran hujung tahun di www.mamadamia.com. produk berpantang, penyusuan, produk bayi dan lain-lain.

Anak 1 ke 2 tahun

Perkara biasa, bayi sekitar 1 tahun menggigit. Tumbuh gigi menyebabkan dia ingin menggigit dan bila dia penat, mereka lebih ingin menggigit. Anak ini, sebenarnya tidak bermaksud tidak elok. Ketika umur ini, masih tidak tahu menunjukan perasaan dalam perkataan, jadi dia lepaskan dengan cara primitif iaitu menggigit. Dia pun tak tahu itu menyakitkan orang lain.

Ibu bapa atau penjaga boleh beritahu dengan lembut, “Itu menyakitkan. Berlembut”. Keluarkan dia daripada kumpulan dia sedang bermain sebentar. Tujuannya memberitahu , kita tidak gembira apa dia buat walaupun dia masih belum faham.

Anak 2 ke 3 tahun

Tentukan samada kerap berlaku dan lihat kelakuan anak itu. Jika dia nampak tegang dan tidak gembira sepanjang masa dan menggigit kanak-kanak lain, itu tanda terdapat sesuatu tidak kena.

Mungkin displin di rumah terlalu ketat, mungkin tidak biasa dengan kanak-kanak lain jadi rasa mereka bahaya. Mungkin juga kerana perasaan cemburu pada bayi di rumah dan terbawa-bawa perasaan tu kepada anak kecil lain, mengganggap mereka juga saingannya.

Jika menggigit diikuti dengan kelakuan yang agresif dan merisaukan, tanda simpton masalah lebih besar.

Perlu elak sebelum mula gigit. Adakah boleh jangka bila berlaku? Jika ya, perlu buat pantauan bila masa kerap berlaku itu. Jika dia kerap kecewa kerana contohnya limit yang tidak tetap, ubah rutin hariannya. Berikan perhatian yang positif bila dia berbuat baik.

Jika semakin besar kekecewaaan anak itu, alih perhatian kepada aktiviti lain. jika anak sudah boleh faham, boleh bincang di masa lain mengenai masalah itu.

Jika sudah berlaku menggigit, beri perhatian kepada yang kena gigit dahulu. Selepas tenangkan mangsa,beritau pada yang mengggigit perbuatan tu buat kita tidak gembira. Beritahu jangan buat lagi. Elak bebel panjang. Peluk dia. Jangan ajar anak yang kena gigit, balas balik.

Anak 3 tahun ke atas.

Biasa akan berhenti selepas 3 tahun. Ketika ini anak mula guna perkataan untuk luah perasaannya. Jika ketika ini masih menggigit, tanda masalah kelakuan. Perlukan bantuan.

PROMOSI AWAL MUHARAM

Bermula 30 Nov hingga 7 Dis 2011, set bersalin NR pada harga RM285 atau jika sudah ahli RM270.

Untuk maklumat lanjut layari www.nonaku.com

Beberapa bulan awal, bayi makan dengan banyak, tetapi tiba-tiba hilang selera makannya itu. Tentu kita risau keadaan ini. Ada beberapa sebab kenapa terjadi.

Antara 12 ke 15 bulan, secara semulajadi berat bayi bertambah secara perlahan. Dalam masa 6 bulan akan semakin berkurang. Jika tidak dia akan menjadi terlalu gemuk.

Mungkin juga kerana tumbuh gigi. Terganggu kerana giginya bakal tumbuh. Bayi mungkin tidak mahu makan makanan pejal atau mungkin minum susunya. Boleh cuba berikan finger food semasa sedang menyuapnya makan.

Begitu juga jika biasa dia suka makan sayur, tiba-tiba tak nak. Biarkan sahaja. Jika tidak paksanya, minggu depan atau bulan depan dia akan makan semula. Namun jika terusan paksa, anda akan buat makanan itu musuh dia. Rasa tidak suka sementara akan jadi tidak suka kekal.

Sekitar setahun, mereka semakin memilih dan semakin kurang lapar. Berbeza berbanding semasa 8 bulan, mereka lapar semasa makanan dihidang. Jadi mereka makan tanpa kisah apa di makan.

Bayi mula bosan makan bijirin. Boleh ganti dengan makanan lain seperti roti.

Perlu jangka bayi akan berubah citarasa bulan ke bulan. Peluang akan lebih baik jika kita tak berperang dengannya, anak akan makan diet seimbang dari minggu ke minggu walau hari ke hari dia tak dapat diet seimbang.

Namun jika masalah berterusan perlu dapatkan nasihat doktor.

PROMOSI HUJUNG TAHUN

Sila layari www.mamadamia.com untuk maklumat lanjut

Minggu depan dah mula bercuti. Saya jadikan hujung tahun masa percutian aktiviti keluarga. Bagus untuk tenangkan fikiran dan menggembirakan hati anak-anak. Ini semua akan jadi kenangan menarik pada anak-anak bila besar kelak. Aha, ini sebenarnya apa saya alami ketika kecil. Ibu ayah saya sering bawa melancong. Kenangan ini saya lakukan pula untuk anak-anak saya.:p

Rancang percutian agar ianya menarik dan tidak pula membebankan atau merosakan mood percutian.

1. Tetapkan tarikh ingin melancong. Buat perancangan sebaiknya 6 bulan awal. tentukan berapa hari ingin berada di sana. Sebaiknya bukan masa sibuk. Namun dengan anak yang bersekolah, biasa sukar nak elak waktu sibuk.

2. Tempat ingin dituju. Rancang apa aktiviti nak dibuat, jadi bila sampai, masa terisi. Jika sampai sana baru nak rancang mungkin akan buang masa kerana tercari-cari apa nak dilakukan. Boleh surf dalam internet mengenai tempat berkenaan.

3. Buat tempahan bilik hotel/apartmen untuk pastikan ada tempat penginapan terutama semasa musim cuti umum atau cuti persekolahan. Saya pernah pergi ke Kuala Terengganu dan petang terpaksa berpatah balik ke Kerteh kerana bilik penuh. Mujur rumah keluarga saya di Kerteh. Ramai yang tiada saudara mara bermalam di masjid atau surau atau tidur dalam kereta.

4. Kenderaan samada kenderaan sendiri atau awam. Tiket kapal terbang tambang murah jika ditempah awal, harganya amat murah. Berbaloi.;) Harga akan dinaikkan bila semakin dekat tempoh perjalanan

5. kewangan, aha ini paling penting pun. belanja makan, beli barang dan cenderamata. Namun jika buat perancangan awal, ada beberapa perkara boleh dijimatkan. Jika dah rancang 6 bulan awal, pastikan simpan duit. Ada duit lebih, baru seronok sikit nak berbelanja.B) Tapi jangan sampai membazir pula.

6. rancang perjalanan. Buat persiapan beberapa hari sebelum berjalan. Kemas pakaian dan barangan yang ingin dibawa. Jika ada anak kecil, perjalanan lebih mencabar. Pastikan keperluan anak-anak tersedia. Saya selalu rancang perjalanan ketika waktu tidur anak. Sediakan makanan ringan, mungkin sepanjang perjalanan sukar cari.

Selamat cuti sekolah...

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 ... 25 >>