Pada 16 hingga 17 Mei, telah berlangsung persidangan pemimpin NR di Hotel Kuala Lumpur International. Kini dengan rasminya nama dan logo Nona Roguy telah ditukarkan ke NR. Iklan juga sedang rancak dibuat di tv dan radio. Logo baru adalah seperti di bawah.
Syukur Alhamdulillah, saya juga telah berjaya mencapai jualan Agensi-Agensi tertinggi seluruh Malaysia. Saya menduduki tangga ke 5. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada saya. Saya merupakan ‘orang baru’ dalam NR. Pencapaian ini memang mengejutkan.
Namun daripada sudut prinsip saya, saya tidak terkejut. Prinsip saya, setiap apa yang saya buat perlu dengan minat, kesungguhan dan ikhlas. Jika tidak suka atau minat lebih baik tinggalkan daripada buat separuh hati dan menyusahkan diri sendiri serta orang lain juga. Motto saya pula berikan perkhidmatan terbaik sebelum, semasa dan selepas jualan. Dan ini semua bukan dibina dalam masa sehari atau sebulan dua. Pengalaman kerja dulu saya gunakan untuk membina perniagaan saya. Teringat bekas bos saya beri semangat dan komen pada stafnya yang bekerja lebih dari orang lain, “Good for your resume”. Memang resume saya penuh dengan pelbagai kerja, termasuk bukan bidang saya contoh kerja seorang jurutera. Dan saya dapat bos yang kuat bekerja, En Zainal Abidin. Dalam usia muda dah jadi Executive Director di Perodua. Bekerja dengannya, saya dah terbiasa bekerja lebih masa dan pantas.
Saya juga banyak mendapat sokongan daripada konsultan-konsultan NR Puan Sharifah Fairuz, Puan Sharifah Naemah dan En Amir. Dan paling penting sekali sokongan keluarga tersayang yang tak berbelah bagi daripada suami Mutalib, ibu Pn Hjh Kamariah, bapa Tn Hj Syed Nordin, anak-anak dan adik-beradik saya.
Pengumuman
Pihak syarikat MISB sedang menghantar baucer bernilai RM10 setiap bulan bermula dari Mei hingga Oct 09 dan borang kempen 2009 kepada semua ahli NR. Sekiranya anda tidak mendapatnya sila email kepada saya nama, alamat dan no ahli ke sales@mamadamia.com atau hubungi syarikat di 26931215.