Hari ini kita menyambut kemerdekaan ke-52. Syukur kerana menikmati kehidupan yang aman damai. Saya merupakan generasi ke 3 selepas merdeka. Menurut ibu saya, nenek saya merupakan seorang pejuang kemerdekaan. Ramai yang menggadaikan tanah untuk tujuan kemerdekaan. Tentu sekali semasa dulu, semangat untuk mencapai kemerdekaan amat berkobar-kobar. Ketika itu, ibu saya baru berusia 10 tahun. Dia selalu ikut nenek saya.

Sekarang semangat itu mungkin kurang dirasai. Pengalaman saya menyambut kemerdekaan yang meninggalkan kesan ialah ketika tingkatan 5. Ketika itu saya di MRSM Balik Pulau. Biasanya semasa sambutan kemerdekaan adalah minggu aktiviti, jadi kami tidak belajar dan membuat persediaan menyambut kemerdekaan. Setiap tahun diadakan. Untuk persembahan, pelajar tingkatan 4 yang akan membuat persembahan. Saya sendiri ketika di tingkatan 4 terlibat dengan persembahan untuk malam kemerdekaan. Malam kemerdekaan kami akan sambut dengan berkumpul di dewan besar. Pelbagai aktiviti dijalankan.

Ketika di tingkatan 5, ada ura-ura untuk memberhentikan sambutan malam kemerdekaan. Ramai antara kami tidak bersetuju. Jadi untuk menunjukkan kesungguhan, pelajar tingkatan 4 ketika itu bersungguh-sungguh membuat persembahan sketsa kemerdekaan yang menarik. Ada deklamasi sajak. Namun saya tidak pasti samada diteruskan atau tidak tahun berikutnya. Selepas itu, kebanyakan pelajar adalah pelajar baru masuk tingkatan 4. Ketika saya dahulu, ramai belajar daripada tingkatan 1. Jadi hubungan adalah rapat.

Selepas keluar dari sana, saya tidak lagi pernah mengalami sambutan sebegitu. Sekarang dalam usia begini, tidak perlu lakukan sambutan-sambutan itu. Namun saya percaya, perlu ada sesuatu yang kita lakukan untuk memajukan diri kita. Adakah kita ingin terus dijajah minda? Perlu keluar dari kelompok "comfort zone" kita. Jika kita asyik memperingati kemerdekaan tetapi kemudian lupa apa yang penting untuk masa depan kita iaitu untuk kita, anak, cucu dan zuriat keturunan kita. Pejuangan mereka yang dulu adalah untuk mencapai kemerdekaan. Pejuangan kita pula memastikan kita tidak ‘dijajah’ semula.

Hari ini juga merupakan hari jadi adik saya. Kepada Joe “Selamat Hari Jadi”