Tahun baru bakal menjelma beberapa hari lagi. Ummp azam tahun baru. Saya tidak pernah buat azam pada setiap awal tahun. Saya buat azam bila-bila masa perlu, bukan awal tahun sahaja. Namun perancangan untuk tahun 2010 memang banyak. Perlu sentiasa bergerak maju dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Masa berlalu tidak mungkin kembali lagi. Apa yang penting lihat hari ini dan hari esok dan pastikan masa digunakan secara bermanfaat.

Bagaimana tahun 2009 buat anda? Tahun 2009 merupakan tahun yang amat mencabar buat saya. Penuh dugaan. Alhamdulillah Allah berikan kesabaran. Berkat kesabaran saya nampak hasilnya. Hidup ni kalau lurus tentu mudah, namun tiada hidup yang lurus dan mudah. Sedikit sebanyak ada cabaran dan dugaan. Apa yang penting bagaimana untuk tanganinya.

Alhamdulillah tahun 2009 ni, kami telah berjaya menambah produk keluaran kami, Bengkung Tali Mia, Kain Bedung Daiyan dan terbaru Barut Bayi Damia Melengkung. Insyallah produk keluaran Mama N Damia akan bertambah tahun hadapan. Pendaftaran trade mark Mama N Damia telah dibuat. Kini tunggu kelulusan.

Terbaru kami telah mula menjual set bangku bertangas. Masih dalam proses untuk dimasukkan ke dalam www.mamadamia.com. Insyallah tahun depan kami akan mula menjual set sauna pula. Semua diperbuat daripada kayu, selamat dan tahan lama.

Bangku Tangas

Sempena tahun baru yang bakal tiba, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Moga tahun baru akan memberi sinar baru dan kehidupan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.