Lama tidak menulis. Alhamdulillah syukur pada 23 Feb 2010 yang lalu saya selamat bersalin.
Teringat untuk menulis, namun masa agak terhad. Masa yang ada lebih tumpu kepada urusan perniagaan, penjagaan bayi dan berpantang.
Tarikh jangkaan patutnya 12 Mar. Saya pun sebenarnya rancang untuk bersalin pada 26 Feb sempena Maulud Nabi. Biar sama dengan kelahiran nabi junjungan. Dah buat appointment dengan doktor hari Khamis. Nak buat macam mana nak keluar awal pula. Saya tersilap perancangan. Hari Ahad saya berjalan-jalan pada waktu petang agar dapat bersalin hari Jumaat 26 Feb. Biasanya bila hampir tarikh bersalin saya akan berjalan-jalan satu hari dari pagi ke petang dan akan bersalin dalam sehari dua. Saya sangka sebab baru 37 minggu, jadi perlu berjalan awal agar pintu rahim mula terbuka. Dan setiap hari saya rancang akan berjalan-jalan hingga ke hari Jumaat. Hari Isnin petang dah sakit, terus ke hospital. Dah buka 3 cm. Malam pukul 8.30 pm doktor pecahkan air ketuban. Pukul 12.09 am hari Selasa saya bersalin.
Alhamdulillah mudah bersalin. Kali ini, buat pertama kali bersalin tanpa sebarang ubatan sama ada drip, ubat tahan sakit atau potongan episiotomi. Sepanjang di bilik bersalin saya berjalan dan hanya duduk ketika hampir bersalin. Sebelum bersalin, hari Sabtu ketika berjumpa doktor saya ada bertanya tip bagaimana untuk mudah bersalin. Ada orang sekali dua teran bayi dah keluar. Saya selalunya berjalan-jalan ketika dalam bilik bersalin untuk kurangkan kesakitan namun ketika meneran ambil masa juga. Doktor suruh saya tunduk ke depan, jadi ini menolong menolak bayi ke depan berada hampir ke pintu rahim. Bila telah berada hampir, mudah untuk meneran. Jika masih di dalam akan mengambil masa dan terpaksa meneran lama untuk menolak ke pintu rahim dan kemudian menolak keluar pula. Dan berjalan sehingga mana mampu.
Aha, saya hanya perlu meneran sekejab sahaja bayi dah keluar. Bayi saya semuanya tidak begitu besar. Anak kembar saya 2.9 kg dan 2.65 kg. Damia 3.05 kg, Daiyan 3.2 kg. Dan yang si kecil ni sama dengan kakaknya 3.05 kg. Dan kakaknya gembira dah ada kawan, baby girl.
Proses sembuh juga cepat. Kerana tiada potongan surgical, luka cepat baik. Selepas beberapa hari bersalin rasa sihat dan tidak mengalami kesakitan. Hari ini hari ke 30 rasanya seperti sudah pulih. Namun saya sendiri perlu mengingatkan diri masih dalam berpantang dan perlu menjaga pantang. Kerana luaran kita rasa sihat, dalaman masih belum sembuh sepenuhnya.
Nama bayi saya Nur Amirah Dafinah. Insyallah ini permata hati terakhir saya. Sekarang nak tumpu membesarkan anak-anak dengan sebaik yang mungkin. Bila ada anak 5 orang, terasa penuh pula. Dulu masa masuk anak ke 4 tidak terasa perbezaan. Apa pun, saya suka saat dapat memegang bayi kecil baru lahir, melihat mukanya yang tembam bulat.
Sama seperti abang-abang dan kakaknya Geram melihatnya. Perasaan ini sama setiap kali bersalin. Nak masuk gambar, kamera dengan ayahnya pula hari ni. Nanti update semula.
dah ada gambar, dalam handphone
umur - 1 jam (dalam bilik bersalin)