Semalam adik saya dah selamat bersalin. Alhamdulillah. Anak kedua namun pertama kali bersalin normal. Tahun ni mak ayah saya terima 3 cucu, abang saya, saya dan adik. Adik saya memilih untuk induce. Ump jarak dari rumah ke hospital jauh, jadi risau tak sempat sampai. Jika ikut pengalaman saya dan mak saya, kami cepat bersalin. Dia, semalam 7.30 buka 5 cm, 8.47 dah bersalin.
Pasti tertanya-tanya, apakah tanda akan bersalin. Biasa ada 3 tanda iaitu kontraksi, turun darah dan pecah air ketuban. Sebelum tu kita dah mula rasa Braxton Hick semakin kerap frekuensi tetapi tidak tetap. Lendiran daripada vaginal semakin meningkat dan perasaan kita yang rasa perlu membuat persiapan dan rasa masa makin hampir.
Saya pernah mengalami tanda kontraksi dan turun darah. Pengalaman kontraksi berbeza-beza. Semasa bersalin pertama kali tanda kontraksi. Namun ketika ni saya ambil pil tahan kontraksi untuk elak bersalin tidak cukup bulan. Sebulan juga saya kena tahan kontraksi sebelum bersalin iaitu cukup 37 minggu.
Damia, saya alami kontraksi diikuti turun darah. Saya terasa kontraksi, ingat sempat lagi nak masak nasi goreng untuk anak-anak. Tengah masak turun darah. Tutup api terus ke hospital. Masa dalam kereta sela masa kontraksi setiap 5 minit dah.
Semasa bersalin Daiyan, saya pergi pemeriksaan dan merancang untuk induce. Rupanya dah buka 4 cm tetapi tidak rasa apa-apa. Terus ke bilik bersalin. Mula terasa sakit kontraksi bila air ketuban dipecahkan.
Terakhir, ump saya pun tak pasti sebenarnya saya sedang kontraksi. Saya sangka angin, terasa pedih hulu hati. Teringat kawan baik saya yang bersalin tahun lepas. Dia pun sangka angin rupanya dah nak bersalin. Saya ambil pil nak hilang pedih tu. Tak hilang juga. Dah sampai ke petang rasa tak sedap hati saya ke hospital. Dalam kereta baru saya terasa kontraksi setiap 10 minit.
Sebenarnya susah kita nak nyatakan secara spesifik tanda-tanda. Teringat semasa anak sulung, saya risau tidak tahu bagaimana tanda-tandanya. Namun untuk anak-anak seterusnya masih menjadi tanda tanya sebab tandanya berbeza-beza. Aha sampai takde tanda pun ada. Cuma kita sebagai ibu, perasaan kita sendiri akan mengetahui bila tiba masanya.![]()
Yanor, dapat tak reply email?
This post has 2 feedbacks awaiting moderation...