Hari ibu telah berlalu beberapa hari lalu. Dulu saya selalu keliru bila waktunya. Asyik bertukar tarikh. Rupanya Ahad kedua bulan Mei. Ummmp. Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di luar.

Hari Ibu lepas saya berpeluang merasmikan dan meraikan Majlis Hari Ibu di Blok Semarak, Kota Damansara. Terima kasih kepada mereka yang sudi menjemput saya. Gambar tak sempat nak ambil, sedang nak rasmi, baby menangis jadi suami saya tak sempat ambil gambar kena pujuk baby. Kata suami saya, tak mengapa dia dah pahat dalam ingatan dia melihat saya merasmikannya. Apa-apa lah ya.;)

Biasa kita akan lihat pada pengorbanan ibu, di mana memang tiada tandingnya. Kita akan menghargai ibu kita dan kita juga minta dihargai sebagai ibu. Allah ini maha adil, syurga terletak di bawah tapak kaki ibu dan dalam masa yang sama, doa anak yang soleh yang diterima Allah untuk si ibu. Tiada doa sahabat handai. Ada kala kita sebagai ibu tidak boleh mengharap keterlaluan daripada anak-anak kita menghormati kita jika kita juga tidak menghormati anak-anak dengan memberi haknya iaitu kasih sayang, pendidikan dan kehidupan yang sempurna mengikut kemampuan dalam hidupnya.

Kita sebagai anak perlu terus hormati ibu kita. Kita pula sebagai ibu ada kala terleka untuk menghormati dan menyediakan keperluan mental anak-anak. Saya sedang membaca buku Children Are From Heaven, tulisan John Gray. Dah lama nak beli, doktor anak saya yang suruh beli baca. Membacanya menyedarkan saya yang terlalu ingin ‘mendidik’ anak saya. Patut pun syurga di bawah tapak kaki ibu. Mengandung dah sukar, bersalin dah sukar, nak mendidik pun sukar dan perlu mengetahui cara yang betul. Saya bersetuju pendapat dalam buku tu menyatakan cara didikan dahulu dan sekarang dah berbeza. Jika dahulu rotan memberi kesan yang baik, namun bukan sekarang. Perlu menggunakan lebih psikologi.

Kita kini perlukan skil untuk mendidik anak-anak. Jika kita mengharapkan pengalaman kita semasa kecil sahaja mungkin sudah tidak relevan untuk anak-anak kita.

Sempena hari ibu, saya ada menyumbangkan Bengkung Tali Mia percuma di Majalah Pa & Ma keluaran Mei. Rasanya sudah ada pemenang. Insyallah saya akan menyediakan peraduan untuk keluran Julai, berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM2,500. Nanti saya kemaskinikan semula maklumat.

No feedback yet

Leave a comment


Your email address will not be revealed on this site.

Your URL will be displayed.
:!: :?: :idea: :) :D :p B) ;) :> :roll: :oops: :| :-/ :( :'( |-| :>> :yes: ;D :P :)) 88| :. :no: XX( :lalala: :crazy: >:XX
(Line breaks become <br />)
(Name, email & website)
(Allow users to contact you through a message form (your email will not be revealed.)