Kerap orang bertanya cara nak perbanyakan susu. Alhamdulillah saya tiada masalah untuk menyusu bayi-bayi saya.
Biasa orang bertanya pil atau ubat apa yang dapat menambah susu. Contohnya produk NR, Akar Herbanika dan Phytonatal dapat memperbanyakan susu. Banyak lagi yang dapat membantu pertambahan susu. Namun sebenarnya ubatan ini hanya membantu. Yang utama adalah pemakanan kita. Susu datang dari pemakanan kita. Jika kurang dan tidak menjaga pemakanan susu akan berkurang, malah bermasalah. Jadi walau ambil ubatan ini, jika tidak menjaga pemakanan, susu tetap kurang.
Aha nanti dah bagi tip ni, semua makan banyak-banyak, dah gemuk pula jadinya. Makan seimbang dan pada waktunya, itu yang penting. Nampak mudah, tapi perlu displin tinggi terutama mereka yang bekerja sentiasa perlu keluar dan tiada waktu makan tetap. Setiap hari pastikan makan pada masa yang sama. Campur tolak ½ jam ok lagi le. Contoh sarapan pukul 8, tea pukul 10, makan tengahari pukul 1, tea pukul 4, makan malam pukul 7 dan supper pukul 10. Sarapan ambil sebungkus nasi lemak (1 mangkuk kecil) atau sekeping roti canai dan air milo. Tea break ambil 3 keping biskut atau buah epal sebiji dan air. Lunch makan nasi 1 mangkuk kecil, ikan atau ayam atau daging dan sayur dan air. Tea break petang pilihan 3 keping biskut, epal etc dan air. Dinner makan nasi 1 mangkuk kecil, ikan atau ayam atau daging dan sayur dan air. Supper sama seperti tea break.
Sentiasa sediakan biskut atau makanan ringan berkhasiat mudah diambil jika tiada watu rehat pada waktu patut makan.
Selain makan, air juga perlu cukup 8 gelas sehari. Jika bibir kering, itu tanda kurang air. Ada kata dalam pantang bersalin tidak boleh minum air banyak. Tidak betul. Cuma cara minum tu biar 1 cawan, 1 cawan pada sela waktu tertentu untuk elak perut buncit. Minum 2, 3 cawan sekali minum, memang kurang elok.
Pemakanan tidak menentu juga mempengaruhi kualiti susu, bukan kuantiti sahaja. Badan kita masuk angin, lewat makan, bayi juga boleh jadi kembung.
Sebenarnya ada juga waktu susu saya kurang. Terutama jika saya tidak menjaga pemakanan atau tiba-tiba bayi saya kerap pula menyusu. Pernah ketika dalam pantang bersalin Damia, saya agak stress takut tiada susu untuknya ketika bekerja, perah susu, tak dapat banyak. Namun masa bekerja saya berjaya perah susu dapat 2 botol besar penuh untuk 2 bulan pertama saya bekerja. Bulan ke 3 dah berhenti kerja. Biasa bila terjadi kurang susu saya minum dan makan segera. Bayi memang akan menangis tidak cukup susu. Saya pujuk dan tidurkan dia seketika sementara menanti susu kembali ada. Kalau terus melayan bayi, kita rasa tertekan, sudah tentu susu berkurang atau lambat bertambah semula.
Walau apa pun, untuk pastikan susu berterusan ada, jangan campur dengan susu formula. Ada yang risau , ambil susu formula. Hanya burukan keadaan sahaja.
This post has 1 feedback awaiting moderation...