Saya baru baca tip blog Irfan khairi mengenai didik anak jadi usahawan. Saya suka kunjungi blog ni sejak saya pergi kursusnya awal 2006. Alhamdulillah berjaya berniaga melalui internet selepas ke kursusnya. Banyak tip terutama buat mereka minat berniaga.

Kita sebagai ibu bapa banyak mempengaruhi perjalanan anak-anak kita.Perlakuan kita akan diperhatikan dan mereka akan mengikutinya tanpa disedari. Macam saya selalu bermain dengan bayi saya menyebut baby cantik,bijak, pandai. Bila anak-anak saya bermain dengan baby, dia akan sebut sama. Ummmp. Kadangkala bila sebut perkara yang tak baik, sama mereka akan ikut juga.

Cara kita mendidik anak-anak juga akan dipengaruhi dengan cara ibu bapa kita mendidik kita. Perkataan yang biasa disebut mereka, kita akan sebut pula pada anak-anak. Cuba ingat balik. Mak saya pernah melihat abang saya marah anaknya dengan menyuruh duduk diam di satu sudut, time out. Mak saya kata sama seperti dia pernah marah abang saya waktu kecil, tak mungkin abang saya ingat.

Mak ayah saya dahulu seingat saya pantang mendapat peluang berniaga, pasti mencuba. Namun rezeki bukan pada niaga. Ada telah berjaya namun ditipu pula rakan kongsi. Sehingga kini mereka masih berniaga secara sambilan. Melihat usaha mereka berniaga, dari ketika tingkatan 1, saya telah simpan niat untuk berniaga, bercita-cita untuk menjadi akauntan dan buka firma sendiri. Cuma akhirnya berniaga tetapi bukan di bidang akaun. Tukar bidang yang sesuai sejak ada anak.;)

Anak-anak kembar saya, saya bertanya apa minat mereka untuk memupuk dan beri galakan. Mereka minat berniaga. Ummmm hari-hari nampak mama dia berniaga, cita-cita pun berniaga. Saya cuba berikan galakan pada mereka. Namun pelajaran perkara penting, perlu cemerlang. Ada kala anak-anak ini terikut dengan ibu bapa, tetapi bila dewasa berubah haluan pula. Jadi persediaan untuk mereka perlu dalam pelbagai bidang yang mampu diikuti atau mereka minat. Cuma lebih mudah jika kita didik dari kecil supaya mereka cemerlang dalam bidang yang mereka ingin ceburi semasa dewasa nanti. Contoh seperti pemain squash Nicol David dan anak-anak Datuk Sidek, bermain badminton. Semua telah dilatih semenjak kecil, jadi apabila dewasa menjadi mahir dan amat berjaya dalam bidang mereka.

Anak-anak saya dah mula menulis blog . Saya create untuk mereka, jadi bila mereka nak tulis boleh tulis sendiri. Tetapi tidak secara serius. Saya tidak memaksa mereka. Tujuan saya supaya mereka minat membaca dan menulis sebab agak susah untuk menyuruh mereka belajar secara formal. Jadi saya cuba secara begini.

Saya turut galakan mereka bersukan. Saya selalu cerita saya aktif bermain sukan. Aha saya dulu selalu masuk pertandingan sukan olahraga dan beberapa sukan lain wakil sekolah. Saya pun ingat mak dan ayah saya bercerita mereka aktif sukan. Saya memang aktif, pernah mendaki Gunung Tahan dan Gunung Gerah. Saya cerita supaya mereka aktif. Saya dapati kanak-kanak sekarang banyak terperap depan tv dan bermain ‘games’ yang tidak mengeluarkan peluh. Astro pun saya tiada. Dulu masa ada semua asyik terperap depan tv. Kajian menunjukan anak yang banyak berada di hadapan tv, lemah fikiran. Hanya terima input tiada tindakbalas.

Bagaimana cara ibu-ibu dan bapa di luar sana? Kita selalu memikirkan kerja kita hingga lupa aset utama kita, anak-anak kita. Jangan anak jadi liabiliti kita di kemudian hari. Guna term akaun lak;), aset maknanya berguna lah untuk kita, liabiliti kita pula kena tanggungnya.