Minggu lepas dah bagi barang untuk pemenang peraduan majalah Pa & Ma dalam bulan Jul lepas. Tahniah untuk semua pemenang :). Pihak Pa & Ma akan hubungi semua pemenang.

Tahniah:) juga untuk adik ipar saya yang mendapat cahaya mata pertama semalam 10 10 10. Sepatutnya hujung bulan Oktober ni. Hari Sabtu dia bawa isteri dia berjalan, ikut petua saya katanya. Alhamdulillah dapat juga bersalin 10 Okt. Ummm tentu ramai memilih tarikh semalam untuk pelbagai tarikh istimewa.

2 Minggu lepas mak saya kurang sihat, kena cirit birit masa datang ke kedai saya. Saya bawa ke hospital baru di Kota Damansara ni. Kena tahan beberapa hari. Apa yang ingin saya tulis, rupanya mak saya di tipu oleh doktor berkenaan menakut-nakutnya, kata ada ulser usus yang serius hingga terpaksa duduk beberapa hari. Hari ke 4 mak saya minta juga keluar. Dia biasa ke HUKM, jadi lepas tu terus ke HUKM bawa ujian darah yang di buat. Doktor di sana sahkan tiada yang serius. Itu adalah normal. Di dalam medical history juga terdapat penipuan. Agak sedih sepatutnya hospital tempat untuk ‘kebajikan’ agar pesakit pulih bukan untuk mengena pesakit, terpaksa membayar mahal untuk penyakit yang sengaja diperbesarkan.

Walau terdengar beberapa masalah, kita sedia membayar untuk perkhidmatan yang lebih selesa. Untuk mereka yang mampu bayar sendiri atau company bayar, bersalin di hospital swasta, selalunya akan cuba buat pilihan yang terbaik. Saya bagi tip-tip pemilihan

Tip pemilihan hospital
1. Doktor pilihan – pilih klinik atau hospital atas pilihan doktor yang kita kehendaki. Untuk mereka yang pertama kali biasanya boleh tanya kawan atau saudara mara.

Saya ada doktor pilihan saya sendiri. Dari anak sulung sehingga ke akhir bersalin dengan doktor ni. mulanya nak bersalin dekat hospital rumah ni, last minute ke sana juga. Doktor tu pun dah kenal saya. Mudah saya berkomunikasi tanya tip-tip bersalin. Walau dah berapa kali bersalin, tapi takut dan rasa masih boleh improve proses bersalin.

2. Bayaran mengikut kemampuan, jadi pilihan adalah samada hospital atau klinik bersalin. Biasanya dah sedia pakej harga. Jangan lupa ambil kira kos jika anak ada masalah, contoh kuning yang terpaksa tinggal 2, 3 hari lagi di hospital/klinik.

3. Pilihan klinik atau hospital. Klinik biasanya kurang kemudahan. Bila ada masalah akan bawa ke hospital samada hospital kerajaan atau hospital lain. Namun harga amat berpatutan. Hospital pula harga agak mahal. Biasanya lengkap dengan kemudahan. Tapi perlu juga bertanya, ada sesetengah hospital tidak mempunyai kemudahan lengkap. Contoh jika bayi mengalami masalah tertentu, bayi akan di bawa ke hospital lain yang ada kemudahan.

4. Sejarah perubatan jika doktor/hospital sama. jika bersalin untuk anak ke 2 dan seterusnya di klinik/hospital yang sama, rekod lama telah ada. ada sesetengah kinik/hospital memberi diskaun untuk anak seterusnya yang dilahirkan di situ.

5. Kedudukan hospital, jauh atau dekat dari rumah. Pada saya tiada masalah jika jauh, saya pernah duduk di Rawang, bersalin di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tetapi jika risau tak sempat (terutama tempat traffic jem teruk) cari tempat berhampiran.

6. Sebelum buat pilihan, boleh minta jururawat/orang berkaitan untuk buat lawatan di hospital/klinik berkenaan. Tengok bilik bersalin dan kemudahan yang disediakan.