Saya baru upgrade website www.mamadamia.com agar lebih mesra pelanggan dan mudah membuat pesanan. Ini termasuk tambahan cara bayaran menggunakan kad kredit iaitu melalui Paypal. Jadi pelanggan mempunyai lebih pilihan untuk cara pembayaran.
Selain itu, saya juga sedang menambah produk yang dijual, agar lebih pelbagai. Saya masih dalam proses memasukkan produk baru yang terdapat di outlet saya. Proses ini harapnya akan selesai dalam tempoh 1 ke 2 minggu lagi.
Sempena dengan ini, terdapat tawaran potongan harga daripada 10% sehingga 50% untuk barangan terpilih. Ini akan berlangsung sehingga 15 Jan 2011. Ini juga sebagai tanda terima kasih untuk sokongan semua kepada saya selama ini.
Untuk Set Bersalin NR 30 diskaun 20% daripada harga biasa, sehingga 6 Dis 2010 sahaja.
Namun dukacita juga dimaklumkan, harga Bengkung Mia terpaksa dinaikan bermula 25 Dis 2010. Sejak beberapa tahun ini telah beberapa kali berlaku kenaikan harga kain dan lain-lain berkaitan, namun saya cuba kekalkan pada harga asal. Tetapi peningkatan harga kain yang naik mendadak menyebabkan saya terpaksa menaikkan harga.
Sila layari www.mamadamia.com untuk maklumat lanjut.