Saya suka mendengar siaran radio IKIM setiap Rabu pukul 10.15 pagi, Islam itu Indah, bersama Prof Dr Muhaya. Hari Rabu, saya siapkan kerja rumah awal sebelum pukul 10. Dulu selalu dengar dah separuh jalan. Suka ulasan yang dia berikan. Sesuai tajuk Islam itu indah.
Pelbagai ulasan menyentuh kehidupan dan tingkah laku kita. Bersyukur apa yang kita ada. suka dengar sebab selalu dalam kepenatan dengan pelbagai persoalan hidup, buatkan rasa hidup saya ini indah sebenarnya. Lengkap segalanya. Bandingkan orang lebih bawah untuk kehidupan di dunia agar kita bersyukur apa yang ada, dan orang lebih bagus untuk kehidupan akhirat agar lebih berusaha.
Minggu ni mengenai anak-anak terbentuk daripada didikan ibu bapa. Kadang kita apabila berkahwin hanya fikir nak berkahwin tanpa memikirkan apa yang kita ingin daripada perkahwinan itu, bentuk keluarga atau anak-anak yang bagaimana. Sebenarnya niat perkahwinan itu juga kerana apa. Jika tersasar, dari awal sudah tersasar.
Saya ada 5 anak, kira ramai le sekarang ni. ada beberapa kawan saya sehingga 7 anak. Sekarang biasa 2 ke 3 orang anak sahaja. Tapi saya tak rasa ramai pun. 4 dah ke sekolah, baby nya kerap tidur, sunyi je rasanya. Malam je baru ‘mencabar’. Ramai juga ibu yang berkerjaya sanggup berhenti kerja untuk mendidik anak-anak walau hanya ada 1 anak. Saya sendiri dulu berkerjaya korporat, jadi boleh faham mengapa mereka sanggup berhenti. Aha tapi bergantung juga kepada kewangan suami. Kewangan amat penting, di sebabkan ini juga ramai ibu terpaksa ‘tutup mata’ dan bekerja untuk membantu kewangan keluarga. Namun untuk ibu begini, jangan lepas tangan menyerahkan sepenuhnya kepada penjaga atas alasan tidak cukup masa.
Mula-mula kena tahu matlamat, apa kita nak pada anak-anak. Tanpa matlamat, pasti tidak tahu apa yang ingin diserapkan pada anak-anak. Matlamat saya, saya ingin anak-anak saya menjadi muslim berakhlak mulia dan berilmu secara am. Peribadi anak-anak terbentuk bukan sehari, sebulan atau setahun, tapi seumur hidupnya. Paling penting asasnya iaitu masa kecilnya.
Saya awasi tutur bahasanya, cara berpakaian dan persekitarannya. Jadi saya ambil tahu siapa kawan-kawannya, ibu bapa kawannya. Hiburan yang dia tengok. Buku yang dia baca. Kita sebagai model, perlu tunjuk tauladan baik. Jangan le mengharap anak suka membaca, jika kita tidak pernah membaca. Saya gemar membaca dan gembira kerana anak-anak kembar saya suka baca buku novel sejarah islam dan meminta saya membelinya setiap kali habis membaca. Bila mereka bercerita dapat menjawab soalan peperiksaan kerana membaca novel sejarah, saya katakan itulah kebaikannya. Semua anak saya suka ke kedai buku. Tapi ada minta juga komik Ben 10. Normal lah tu
Saya perhatikan walaupun pada usia yang sama, kematangan berbeza. Anak kembar saya, abangnya lebih matang berbanding adik. Pada usia 11 tahun, kini dia sudah boleh memikirkan buruk baik, sedangkan dahulu dia yang kuat membangkang saya. Nak mendidik kena tengok pada tahap kematangan anak kita juga. Jangan tak tau, dulu masa anak kembar saya kecil, saya pun macam budak kecil berlawan mulut dengan mereka. Sama muda ![]()
Kita adalah ‘bos’ kepada anak-anak kita. Tetapi kita pun manusia biasa, ada buat silap. Bila silap saya minta maaf dengan mereka. Kita sentiasa ingin cuba buat terbaik untuk mereka, dengarnya mudah. Kononnya buat begini, tapi akhirnya buat begitu. Kesabaran yang tinggi amat perlu.
Campur tangan tak diperlukan dari pihak lain juga kadang menyusahkan. Caranya A, saya pula Z. Saya akan tegur jika perlu dengan memberitahu sebab mengapa saya mendidik anak cara begitu. Sebab ini juga saya perlu mendidik anak-anak saya sendiri. Pening kepala anak saya, pengasuh kata A, saya kata Z. Contohnya saya tak suka bagi tengok tv cerita sebarangan, takut terpengaruh cerita negatif. Pengasuh nak mudah, bagi tengok tv banyak-banyak. Aha pembantu rumah pun saya tiada.
Cabaran luar dan kehidupan sebenar amat besar dugaannya. Suatu hari nanti mereka akan hidup sendiri. Saya dibesarkan di Kuala Lumpur, syukur dengan didikan ibu ayah saya yang tegas, saya (dan adik beradik) tidak tersasar. Saya berdoa agar saya mampu terapkan asas yang kukuh dari kecil agar hidup mereka dengan arah tujuan yang jelas dan baik,tidak mudah hanyut apabila dewasa serta kuat semangat untuk berjaya dunia dan akhirat. Begitu juga untuk semua ibu diluar sana. Amin...
Ada promosi istimewa dari 22 Apr ke 30 Apr 2011 untuk produk Set Bersalin NR. Biasa RM300 untuk ahli, kini RM285. sila layari www.nonaku.com atau www.mamadamia.com
Butik Little Omaiyra, menjual produk Mama N Damia serta barangan ibu dan bayi kini dibuka di Kerteh, Terengganu.
Alamat Lot 4578, Tingkat 1, Jalan Telaga Papan 1, Kerteh.
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi 019-9312704