Sempena hari ibu Ahad ini, saya mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu terutama untuk ibu saya dan ibu mertua saya.
Tahun lepas saya sentuh tanggungjawab kita sebagai ibu, tahun ini saya ingin bertanya pula, bagaimana pula layanan kita pada ibu kita? Saya kira ramai pembaca blog saya golongan ibu & ayah yang anak-anak masih kecil. Jadi saya pasti ramai antara kita masih ada ibu ayah.
Pagi tadi dengar siaran radio IKIM tentang hari ibu. Tersentuh hati saya bila ustazah berkenaan berkata, bila mak kita telefon masa kita sibuk, kita akan dahulukan kerja kita. Kita akan kata nanti kita telefon semula. Ummmm sampai ke malam lupa nak telefon. Mak duk tunggu le kita telefon semula. Aha biasa tak terjadi macam ni? kalau biasa tu, ubah le.
Bila kita telah mempunyai kehidupan sendiri, kita lebih utamakan kehidupan kita. Beringat le suatu hari nanti kita juga akan alami begitu kerana hidup ini ada 4 fasa hidup, fasa anak-anak, fasa membesarkan anak-anak, fasa anak telah besar dan fasa kita telah tua. Jika panjang umur kita akan kembali seperti budak-budak. Perlu dijaga dan diberi perhatian seperti menjaga anak kecil. Tentu kita harapkan anak-anak kita menjaga kita ketika itu. Begitu juga ibu ayah kita.
Satu lagi yang menarik saya ingin kongsi dalam siaran tu, ada kala ibu kita tidak memberi perhatian dan kasih sayang sepatutnya semasa kecil menyebabkan bila dah besar kita jauh hati dengan ibu. Mungkin ada yang alami begini. Maafkan lah ibu kita. Ada kala sukar memberi kasih sayang yang sama rata terutama jika anak ramai. Lagipun walau macamana ibu kita, kita tetap wajib taat padanya asal tidak terpesong.
Ibu mertua saya ada 11 orang anak. Agak sukar menjaga 11 anak. Namun saya lihat dia tetap sayang semua anak-anaknya. Namun tetap tidak dapat elak jika ada anak yang lebih dia suka. Dah tentu kerana anak itu melayannya dengan baik berbanding yang lain. jangan kita yang kurang melayannya rasa cemburu pula.
Untuk mendapat berkat dalam hidup perlu dapat berkat daripada ibu kita. Saya sering dengar ibu yang bantah anaknya berkahwin, akhirnya anaknya tidak kekal lama atau sering bermasalah. Penting semua ini dalam hidup kita. Hargailah ibu ayah kita ketika mereka masih ada.
SELAMAT HARI IBU
Tahun ini juga merupakan tahun ke-5 saya berniaga secara online dan tahun ke-3 butik saya Mama N Damia beroperasi. Bersempena ulangtahun ini dan juga sempena hari ibu, saya tawarkan diskaun untuk produk di butik saya. Sila layari www.mamadamia.com untuk maklumat lanjut.