Beberapa bulan ini, beberapa kawan sekolah sebaya saya baru bersalin. Ada yang anak dah besar, 11 tahun! Tahniah. Ada seorang lagi bakal menimang anak ke 6. Ummm murah rezeki. Dah lama tak bersalin, ada dah lupa cara menyusu bayi.
Jika susu banyak ketika peringkat awal, namun kemudian berkurang, ada beberapa perkara boleh diperhatikan. Boleh disebabkan oleh si ibu atau bayi. Artikel kali ini saya sentuh punca dari ibu. Cuba perhatikan perkara-perkara ni, mungkin ada kaitan.
Salah penyusuan
Ini penyebab yang biasa berlaku. Bayi tidak memasukkan sepenuhnya puting jadi ia mengurangkan pengeluaran susu sebab susu tidak dikosongkan. Petunjuknya mudah, payudara tidak lembut selepas menyusu kerana susu tidak dikeringkan. Ini juga menyebabkan masalah pada puting, menyebabkan kesakitan dan luka. Belajar cara menyusu yang betul. ada kala sudah betul, namun ada masalah, ini maknanya berpunca dari bayi.
Tiba-tiba susu kering
Kemungkinannya adalah kerana selera bayi bertambah akibat pembesaran bayi. Ini tidak jadi masalah jika tidak beri susu tambahan iaitu susu formula. jika tambah susu formula, ini akan mengurangkan pengeluaran susu. Lama-kelamaan akan berkurang dan kering.
Mungkin juga terjadi jika tiba-tiba kekerapan menyusu berkurangan mengejut. Tahap prolactin turun dan receptor tidakboleh kembali ke tahap produksi yang awal. Kerapkan menyusu dan dapatkan suplemen untuk tambah susu.
Ubatan atau herba yang mengurangkan susu
Ada yang menyebabkan susu berkurang. Perlu berhati-hati dengan ubatan terutama untuk masalah alergi dan selsema. Ada juga ubat yang diambil untuk mengeringkan susu namun mempunyai kesan apabila ingin menyusu anak seterusnya.
Ada juga herba yang menyebabkan susu kering. Selalunya dalam pantang kita ambil herba untuk menjaga pantang. Ada yang menyebabkan susu kering.
Pepermint juga memberi kesan jika diambil dalam kuantiti banyak. Contohnya dalam ubat gigi yang mempunyai minyak mint sebenar. Ini termasuk gula-gula peppermint. Semua ini memberi kesan jika diambil dalam kuantiti banyak. Sedikit tiada masalah.
Ubatan untuk hormon
Ini biasa terjadi jika mengambil pil hormon. Contohnya pil perancang termasuk jika IUD yang mempunyai hormon
Mengandung
Apabila mengandung, hormone bertukar dan susu berkurang. Namun tiada masalah jika teruskan menyusu.
Nasihat yang salah.
Ada kala ibu-ibu menghadapi masalah penyusuan dan mendapat nasihat yang salah.
Puting kosong (Pacifiers)
Bayi ada yang menolak jika diberi pacifier ini, namun untuk bayi yang tidak banyak hal akan menerima. Lama-kelamaan ia akan biasa menghisap puting kosong walaupun patutnya ia menyusu
Kesibukan atau perlukan rehat
Ibu terlalu sibuk membuat kerja lain dan terlewat atau melewatkan pemberian susu. Ada juga ibu kepenatan dan ingin rehat lebih. Jadi sepatutnya waktu penyusuan, terlepas kerana ibu tidur.
Suplemen yang tidak perlu
Ada kala ibu berasa bayi tidak cukup susu jadi tambah susu formula. Ini akan menyebabkan susu berkurang.
Ada pelanggan cari suplemen nak tambah susu. Dia dah cuba pelbagai namun susu tidak bertambah. Bila saya tanya, dari awal lagi dia dah campur dengan susu formula.masa dalam pantang, ibu nya suruh tambah, kononnya dah menyeksa anaknya. Susu dah tentu berkurang. Kemudian semakin anak membesar, dia rasa susu makin berkurang dan tambah lagi kuantiti susu formula. Sebenarnya, jika berterusan menambah susu formula, walau apa suplemen yang dia ambil tidak mampu bantu menambah susunya.
Jualan Mama N Damia masih berlangsung. sila layari www.mamadamia.com