Ramai ibu yang menyusu badan bayi mereka. Termasuk ibu berkerjaya. Penyusuan badan ini lebih banyak manfaatnya. Saya sendiri mengalami keadaan ini di mana anak sulung tidak menyusu badan menghadapai pelbagai penyakit, membuat saya nekad menyusu semua anak-anak saya setrusnya. Dengan pelbagai barangan yang mudah diperolehi, ini memudahkan ibu-ibu berkerjaya. Jadi persoalan ingin menyusu badan atau tidak bergantung kepada kemahuan.
Pilihan barangan untuk menyusu kini banyak. Dulu saya ingin dapatkan bra menyusu agak sukar. Ketika itu hanya ada 1 jenama terkenal yang menjualnya, dan harganya agak mahal. Baju menyusu langsung tiada. Kini dengan pelbagai kemudahan yang ada, semua saya guna untuk memudahkan penyusuan. Saya berikan tip di bawah berdasarkan pengalaman saya.
1. bra menyusu. Bra ini mempunyai cangkuk di tepi atas cup bra. Untuk menyusu hanya buka cangkuk dan mencangkuk semula selepas selesai menyusu. Jika guna bra biasa, kita akan menyelak dari bawah atau terpaksa longgarkan tali. Ini akan merosakkan bra biasa ini. bra ini juga sesuai untuk digunakan ketika hamil – Amat perlu
2. baju menyusu – memudahkan penyusuan. Biasanya hanya terbuka di payudara dan tidak mendedahkan perut. Kadang bayi rimas muka tertutup dengan baju kita, jadi dia akan menyelak baju ke atas. Ummm dah nampak perut kita pula...
3. poncho/topi menyusu. Ini berfungsi untuk menutup bayi ketika menyusu di khalayak ramai. Namun untuk ibu yang bertudung, jika tudung labuh sesuai juga menutup bayi ketika menyusu. Jadi tidak perlukan poncho atau topi ini.
4. bantal menyusu – bayi boleh diletakkan di atas bantal ini, jadi tidak perlu pangku bayi. Jika tidak amat memenatkan perlu pangku. Dan jika salah pangku, membongkok boleh menyebabkan sakit belakang pula.
5. alas bra – untuk elak susu menitis dan membasahi baju. Perlu pakai jika keluar rumah/ke pejabat. Biasa juga jika menyusu, sebelah payudara lagi akan turut menitis mengeluarkan susu. Untuk elak basah, boleh letakkan alas ini. terdapat dalam alas pakai buang dan pakai semula. Alas pakai semula lebih jimat dan boleh dipakai berulang kali. Namun jika susu banyak, biasanya alas ini tidak dapat menampung susu yang menitis. Alas pakai buang biasanya dapat menampung susu yang banyak.
6. Perahan susu badan
Pam susu – terdapat samada manual, bateri, letrik atau bateri dan letrik. Jika kerap gunakan jangan gunakan secara manual. Saya pernah memerah susu ketika anak ke 3 guna pam manual, amat memenatkan.
Beg letak susu – beg ini dapat tahan sejuk jadi susu akan berada dalam keadaan sejuk.
Pek ais - perlu disejukan dahulu sebelum digunakan
Pemanas susu – mudah secara otomatik akan tutp bila sudah suam dan sesuai diminum. Untuk memanaskan susu boleh juga gunakan air panas. Jangan rendam dalam air yang sedang dididihkan. Pastikan api telah ditutup dan baru panaskan susu.
Alat bantu pegang pam – alat ini memudahkan ibu tidak perlu pegang pam.
7. Keperluan lain seperti oilment jika alami luka di puting payudara. Alas (ada jenis dalam nya gel) yang sesuai untuk diletakan atas payudara jika alami bengkak susu. Minyak yang sesuaii untuk mengurangkan sakot bengkak susu. Bengkak susu boleh menyebabkan kita alami demam.
Barang keperluan penyusuan boleh didapati di www.mamadamia.com