Lama bercuti... masih dalam mood raya. Penuh dengan jemputan rumah terbuka. Pastikan kawal pemakanan, tentu sukar kawal tengok makanan sedap!![]()
Susu berkurang boleh disebabkan oleh ibu atau bayi. Kali ni saya tulis berkaitan bayi pula.
Masalah hisapan
Hisapan yang berkesan bergantung kepada kebolehan bayi mengkordinasikan penggunaan lidah, lelangit, geraham, otot muka dan bibir.
Bayi baru lahir boleh membentuk cara habit hisapan yang silap akibat tidak mendapat susu yang cukup. Bayi akan mencuba caranya sendiri dan bila Berjaya sedikit dia akan meneruskan cara itu. Untuk membetulkannya perlukan pakar laktasi untuk membantu bayi tersebut.
Keupayaan bayi menghisap daripada payudara juga bergantung kepada keupayaan mengerakkan lidahnya dengan bebas. Lidahnya perlu boleh bertindak mengikut pergerakan untuk memberikan keadaan vakum untuk menarik keluar susu.
Variasi lelangit
Bentuk yang pelbagai ini mungkin memberi kesan keupayaan bayi mengekalkan hisapan yang mengekalkan payudara di dalam mulutnya dan bentuk vakum untuk mengeluarkan susu.
Masalah saluran pernafasan
Bayi yang tidak dapat bernafas dengan mudah akan alami masalah mengosongkan susu juga. Kadang ini hanya disebabkan oleh hidung tersumbat. Boleh bersihkan dengan air salin yang disteril. Namun jika masalah kronik akibat alahan, perlu bantuan. Biasanya semakin bayi membesar saluran juga membesar.