Bayi biasanya mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama. Mereka akan kerap tidur, menangis bila memerlukan sesuatu dan mengharapkan bantuan orang lain. Dan ciri yang paling menarik, semua bayi adalah comel. Saya sentiasa geram bila melihat bayi. Setiap kali melihat bayi baru lahir, teringin untuk menambah lagi;)

Namun bayi ini akan mempunyai watak mereka tersendiri. Anak-anak daripada ibu dan bapa yang sama, namun pelbagai watak dan perangai. Kenali watak mereka ini. Jadi layanan juga akan berbeza mengikut watak mereka. Jika kita layan semua bayi dengan cara yang sama, mungkin menimbulkan masalah. Tentu mereka akan kuat meragam kerana kehendak mereka tidak dipenuhi. Dan bayi juga dalam masa yang sama cuba memahami anda.

Berikut watak bayi anda ketika menyusu

1. Bayi yang pandai mengikut waktu - bayi ini mudah dijaga. Mereka mempunyai waktu yang tetap untuk tidur, menyusu dan membuang pada waktu yang sama.

2. Bayi cerewet - bayi yang memerlukan banyak perhatian daripada ibunya. Tidak mempunyai masa tetap, jadi si ibu perlu membantunya mengenal waktu.

3. Bayi yang kuat menyusu - bayi ini akan kerap menyusu sehingga melecet mulutnya. namun ini semua tidak menjadi masalah. Kulit ini akan tumbuh dan tangggal sehinga kulit bibir bayi menjadi tebal.

4. Bayi yang menunggu - bayi ini tidak menyusu sehingga berusia 4 ke 5 hari. Bayi ini mungkin tidak akan berusaha menghisap susu kecuali susu suah ada dan mengalir sendiri ke mulutnya.

5. Bayi yang lembab - bayi ini menyusu mengikut kehendaknya. Dia menyusu selama beberapa minit kemudian berehat. Dia juga tidak suka dipaksa menyusu dengan cepat.

6. Bayi yang mengantuk - bayi ini suka tidur, terutama ketika menyusu. Kejutkannya ketika menyusu jika tidur. Sebelum menyusu cuba bermain dengannya agar dia tidak mengantuk dan cergas.

7. Bayi aktif - amat suka menyusu, namun sukar diam. Dia akan mengerakkan kepala ke kiri dan kanan mencari puting. Jika terlepas putting, dia akan menangis kuat. Ajar bayi anda menyusu dengan tenang.

8. Bayi mengigit – suka menerkam dan mengunyah putting. Jika dia mengunyah, keluarkan puting anda dari mulutnya. Jangan tarik tetapi masukkan jari anda untuk mengeluarkan puting dari mulutnya.

9. bayi yang selalu muntah – untuk hindarkannya dudukan bayi agak membongkok ke depan ketika sendawakannya.
10. Bayi berat sebelah – bayi ini suka menyusu sebelah sahaja. Berikan dulu bahagian yang tidak disukainya dahulu.

Syukur Alhamdulillah telah selamat kembali ke Malaysia. Stokis dan ajensi yang mencapai sasaran jualan ditetapkan telah dibawa oleh pihak pengurusan NR ke Bandung dari 24 hingga 27 Apr 09.Lebih kurang 72 orang layak menyertainya, ditambah kaum keluarga jumlahnya mencapai 102 orang. Saya bawa anak saya Damia sahaja. Suami ada urusan tidak dapat ikut.

Ummmm memang seronok. Sesuai untuk mereka yang suka bershopping. Damia juga rambang mata. Hari pertama kami dibawa melawat Gunung Tangkuban Parahu dan petang shopping. Damia pula yang rambang mata bershopping. Kejab ke sana, kejab ke sini memilih barang. Saya pun leka mengejarnya.Takkala itu, tanpa saya sedari kamera saya telah hilang. Naik atas bas baru sedar. Agak sedih.:( Tiada gambar kenangan yang telah diambil. Namun mujur ada kawan-kawan yang mengambil gambar dan akan menghantarnya kepada saya. Jadi tiada gambar yang boleh diletakkan di sini lagi.

Hari kedua dan ketiga juga penuh dengan aktiviti shopping. Mula-mula beli barang untuk souvenir. Kemudian baru beli barang sendiri. Saya suka di Pasar Baru. Rambang mata mencari tudung yang pelbagai. Banyak juga baju-baju muslimah. Untuk Damia saya belikan telekung dengan strawberi untuknya. Makanan masakan padangnya memang enak.

Tahun depan dengarnya akan ke China pula. Jika berminat untuk melancung bersama NR boleh menjadi stokis NR. Saya sedang mencari stokis dibawah saya. Namun untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Jika berminat selain negeri-negeri saya nyatakan kena mencari ajensi bagi negeri tersebut.

Dan terima kasih kepada pihak pengurusan NR yang telah membawa kami melancung. Harapnya tahun depan dapat lagi melancung. B)

Agak lama tidak menulis. Ada sedikit masalah. Kebelakangan ini kerap ada masalah. Mungkin virus. Inilah asam garam kehidupan pelbagai dugaan, namun apa yang penting bagaimana nak hadapinya. Begitu juga dengan sakit bersalin. Ini semua ujian daripada Allah. Sabarlah hadapinya.

Saya ada mendapat beberapa pertanyaan mengenai sakit bersalin. Beberapa bulan lepas ada sepasang suami isteri bakal menyambut anak sulung ke kedai saya. Suaminya bertanya, sakit ke bersalin. Jawapan saya, tentulah sakit. Menurutnya, kakaknya yang telah bersalin 6 kali pun menyatakan memang sakit. Dan komennya, kenapa mesti memberikan jawapan yang menakutkan terutama kepada mereka yang bakal menghadapinya kali pertama.

Errrr. Sukar untuk berikan jawapan tidak sakit atau sakitnya seperti kena gigit semut sahaja. Jika saya berikan jawapan begitu, tentukan melegakan. Namun tentu si ibu kurang membuat persediaan dan akan menghadapi sakit yang sebenarnya boleh dikurangkan.

Dengan mengetahui teknik yang betul, sakit akan dapat dikurangkan dan tempoh mungkin dapat dikurangkan. Kini banyak hospital menyediakan kursus antenatal – persediaan ketika bersalin.

Sedikit tip dari saya.

Selepas 7 bulan banyakkan berjalan. Saya ketika kerja dulu, akan naik tangga ke pejabat di tingkat 2(atau tingkat 3). Jarang naik lif. Semakin hampir tarikh bersalin, saya akan kerap berjalan. Namun untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau berlaku pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan juga lakukan terlalu awal sebelum 4 bulan.

Jaga makanan. Elak makanan yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini mengganggu proses bersalin.

Ketika menunggu dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk. Saya sendiri masa anak sulung berbaring, dan mengalami sakit. Untuk kali ke-2 saya baca tip-tip, dan salah satunya adalah jangan baring. Untuk bersalin seterusnya saya berjalan-jalan dalam bilik bersalin. Bila tidak larat berjalan saya akan duduk. Baca tip mengurangkan sakit.

Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit. Apa yang boleh diambil seperti ubat tahan sakit dan lain-lain. Semasa anak sulung saya memang mengambil ubat tahan sakit, untuk anak seterusnya saya tidak mengambil sebarang ubat dengan teknik yang betul mengatasi sakit secara fizikal.

Baca ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul dan ayat kursi. Si suami pula boleh bacakan Yassin untuk mengurangkan kesakitan.

Berborak-borak dengan teman samada ibu atau suami(jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin). Ini akan mengalih tumpuan dari sakit tadi.

Penting mempelajari teknik bersalin yang betul, dapat elak berada lama di bilik bersalin dan meneran dengan lama. Ini boleh menyebabkan keletihan dan kehabisan tenaga untuk meneran.

Pengalaman saya, memang sakit ketika bersalin. Namun sakit tiba-tiba hilang ketika pertama kali melihat bayi saya. Dan ketika itu juga terasa mampu lagi untuk bersalin untuk seterusnya. Lupa rasanya sakit bersalin itu.:p

Kadang-kadang dipertengahan mengandung (atau kadang lebih awal), anda dapat rasakan otot-otot rahim menegang untuk selama 30 ke 60 saat. Ini mungkin terjadi beberapa kali dalam sejam, beberapa kali sehari.

Tidak terjadi pada semua orang. Kontraksi yang tidak menyakitkan ini dipanggil kontraksi Baxton Hicks. Ia bukan tanda untuk bersalin.

Tetapi tentu sekali anda tertanya-tanya bagaimana hendak membezakan dengan kontraksi sebenar. Kontraksi sebenar biasanya lebih panjang, tetap, kerap dan sakit. Kontraksi ini juga akan semakin lama semakin meningkat frekuensi, jangka masa dan jumlahnya. Braxton Hicks tidak dijangka and tidak menentu.

Jika kontraksi ini mungkin akan terasa sakit apabila mengandung semakin meningkat. Anda akan berasa kurang selesa. Namun ia tetap tidak teratur, frekuensi dan jangka masanya. Jika rasa kontraksi itu hilang, itu tanda ia bukan kontraksi sebenar.

Jika rasa kurang selesa, berbaringlah. Atau jika anda berbaring dan rasa tidak selesa, cuba bangun dan berjalan.

Namun jika anda mengandung kurang 37 minggu, terdapat pengeluaran darah melalui vagina dan sakit belakang ini tanda bersalin pra matang. Perlu jumpa doktor dengan segera.
Jika berlaku selepas 37 minggu, atau air ketuban telah pecah, mengalami pendarahan atau bayi kurang bergerak, perlu jumpa doktor juga. Mungkin tanda akan bersalin.

Jika anda mengalami simpton di bawah hubungi doktor anda segera walaupun anda rasa seperti tiada masalah mengenainya. Biasanya ini tidak mendatangkan masalah besar namun membuat pemeriksaan lebih baik bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
1. Rasa sesuatu tidak kena – percaya pada perasaan anda dan hubungi doktor. Jika ada masalah, anda boleh dapatkan bantuan dengan segera. Jika tiada masalah, tidak mengapa.
2. Terasa sakit yang teruk di bahagian atas atau pertengahan perut sama ada disertai dengan loya/muntah atau tidak. Ini mungkin kerana masalah penghadaman, keracunan makanan atau pre-eclampsia iaitu keadaan yang serius yang memerlukan tindakan segera
3. Demam melebihi 37.5 perlu berjumpa doktor. Jika melebihi 39 anda mungkin telah dijangkiti kuman. Jika berlaku dalam masa yang panjang, mungkin berbahaya kepada bayi.
4. Mengalami masalah penglihatan seperti kabur, berkelip atau mengalami flashing spots yang berlaku selama lebih 2 jam, itu tanda anda mengalami pre-esclampsia
5. Bengkak atau sembab pada tangan, muka dan mata biasa dialami ketika mengandung. Tetapi jika mengalaminya dengan teruk dan tiba-tiba diikuti pula sakit kepala dan masalah penglihatan, ini mungkin simpton pre-esclampsia
6. Pendarahan vaginal sama ada sedikit atau banyak. Jika keluar ‘spotting’ tanpa rasa sakit, ini adalah normal.
a. Pendarahan dengan kesakitan kuat dan berterusan di sebelah perut sahaja ini mungkin mengandung ectopic (luar rahim)
b. Pendarahan yang banyak disertai dengan sakit di perut yang berterusan mungkin tanda keguguran. Saya pernah alaminya, doktor nasihatkan berehat. Darah keluar banyak seperti period ketika 7 minggu mengandung. Kemudian keluar sedikit-sedikit berterusan selama hampir 2 minggu. Alhamdulillah selepas berehat panjang, kandungan saya dapat diselamatkan. Namun doktor juga tidak benarkan saya membuat kerja berat termasuk memandu.
c. Di akhir mengandung, pendarahan mungkin tanda uri telah berpisah dari dinding rahim atau kelahiran pra matang jika berlaku sebelum 37 minggu
7. Keluar cecair dari vagina
a. jika berlaku sebelum 37 minggu ini menandakan membran telah pecah dan air ketuban telah keluar. Doktor perlu menahan anda untuk mengelak jangkitan dan membuat persediaan kemungkinan berlaku kelahiran pra matang. Jika sebelum 34 minggu, doktor akan berikan suntikan untuk memastikan paru-paru bayi kuat jika bersalin awal. Anda akan rasa basah dan seperti kencing dalam seluar sedangkan sebenarnya bukan kencing.
b. Jika telah melebihi 37 minggu ini mungkin tanda anda akan bersalin.
8. Rasa dahaga secara tiba-tiba diikuti dengan terlalu sedikit atau tiada air kencing. Ini tandanya anda mengalami dehydrasi atau gestational diabetes
9. Sakit ketika buang air kecil diikuti sakit belakang. Anda mungkin mengalami jangkitan pada pundi kencing.
10. Muntah
a. Muntah yang berterusan selama 2 ke 3 kali sehari semasa trimester pertama boleh menyebabkan anda kekeringan (dehidrat) dan lemah dan mungkin perlu dimasukkan air.
b. Muntah ketika peringkat akhir mengandung, atau muntah diikuti sakit dan/atau suhu meningkat. Ini mungkin tanda pre eclampsia.
11. Pitam atau pengsan, mungkin kerana anda kurang makan atau anda mengalami tekanan darah rendah
12. Pergerakan bayi kurang atau tidak bergerak dalam 24 jam selepas 21 minggu. Awasi pergerakan harian bayi. Kadang bayi tidur. Jadi cuba ‘kejutkannya’. Jika masih tidak bergerak perlu jumpa doktor.
13. Rasa gatal ketika peringkat akhir mengandung sama ada dengan atau tanpa jaundis, kencing berwarna gelap dan najis yang pucat. Ini mungkin tanda hepatitis atau masalah hati. Biasanya gatal-gatal adalah biasa kerana kulit meregang untuk pembesaran bayi tetapi jika teruk semasa waktu malam dan melibatkan gatal di kaki dan tapak tangan anda perlu jumpa doktor
14. Jatuh atau berlanggar sesuatu di perut. Terutama jika berlaku kebocoran cecair atau pendarahan, anda perlu ke hospital

<< 1 ... 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 >>