Terma dan syarat ini (selepas ini dikenali sebagai "Terma Kedai Dalam Talian") digunakan untuk semua transaksi yang dibuat dengan anda, iaitu sebagai pelanggan, apabila anda membeli-belah melalui laman web www.nonaku.com (selepas ini dikenali sebagai "Laman Web") di kedai dalam talian. Sila baca dengan teliti sebelum membuat pesanan dan cetak salinan pesanan untuk rujukan. Dengan mendaftar di kedai dalam talian ini bermakna anda menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Terma Kedai Dalam Talian serta terma dan syarat Laman Web ("Terma Laman Web") yang akan membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dan Mama N Damia (selepas ini dikenali sebagai “syarikat").

Syarikat berhak menukar Terma Kedai Dalam Talian ini dari semasa ke semasa. Syarat-syarat adalah tertakluk kepada Undang-undang Malaysia dan bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Penerimaan pesanan
Kami hanya dapat menerima pesanan melalui kedai dalam talian untuk penghantaran ke negara-negara yang disenaraikan di laman kami. Selain dari negara yang tersenarai kami tidak akan meneruskan pemprosesan pesanan dan penghantaran.

Sebelum membuat penghantaran kami akan membuat pengesahan pesanan dan pembayaran. Sebaik sahaja pengesahan dibuat kami akan menghantar pesanan mengikut maklumat di borang pesanan anda. Kami menerima pesanan untuk produk tertakluk kepada stok sedia ada

Pembayaran

Kami menerima bayaran dengan cara pemindahan wang ke akaun bank dan bayaran secara kad kredit menggunakan Paypal. Pembayaran menggunakan kad kredit dan caj dikenakan tertakluk kepada pemeriksaan dan kebenaran pengesahan oleh pihak pengeluar kad. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan pesanan disebabkan perkara ini. Sekiranya pengeluar kad pembayaran anda enggan memberi kebenaran kepada kami, kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan atau pembatalan penghantaran.

Stok tersedia

Sekiranya produk tiada buat sementara waktu, kami akan menangguh penghantaran pesanan sehingga stok diperolehi dan seterusnya menghantar kepada anda. Syarikat akan mengambil langkah memastikan semua produk yang dipamerkan di laman web mempunyai stok. Namun jika stok tiada kami akan memaklumkan penukaran produk atau memulangkan semula wang anda (sila rujuk "Polisi  Pemulangan" di bawah).

Produk dan Harga
Semua harga produk boleh berubah sejajar dengan arahan kerajaan Malaysia, Kastam dan Cukai dan pentafsiran undang-undang lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Promosi dan harga yang anda lihat di kedai dan katalog sebenar Syarikat tidak semestinya berlaku di kedai dalam talian, dan sebaliknya.


Duti import dan cukai tempatan TIDAK termasuk dalam harga yang dinyatakan jika dihantar ke luar Malaysia. Anda akan bertanggungjawab untuk membayar sebarang duti import dan cukai tempatan termasuk apa-apa caj pentadbiran apabila menerima pesanan

Kami berhak untuk meminda harga tanpa notis terlebih dahulu dan pada bila-bila masa dan mempunyai hak untuk menambah atau menarik balik sebarang produk pada bila-bila masa.


Penghantaran



Polisi Pembatalan / Pemulangan
Kami berhak untuk membatalkan sebarang pesanan yang anda buat untuk sebarang produk sekiranya gagal pemeriksaan pengesahan atau keselamatan. Sekiranya pembayaran telah diambil, anda akan menerima bayaran balik penuh dan pengesahan e-mel yang mengesahkan pembayaran balik tersebut ke alamat e-mel yang anda berikan dalam borang pesanan anda.

Anda berhak untuk membatalkan sebarang pesanan yang anda buat untuk mana-mana produk yang dibeli melalui kedai dalam talian dan anda akan menerima bayaran balik penuh. Jika anda tidak puas hati dengan pembelian anda, kembalikan kepada kami dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari dari penerimaan dalam keadaan yang tidak digunakan / tidak rosak untuk pembayaran balik atau pertukaran produk. Sila maklum melalui email sebelum membuat pemulangan. Kos penghantaran pulang dan kos pengeposan semula ditanggung oleh anda. Jika pembayaran balik disebabkan oleh kesilapan di pihak kami maka kami akan mengembalikan bayaran pos yang telah anda bayar setelah menerima produk yang kembali.

Sila pastikan garis panduan di bawah dipatuhi.

  - Penukaran tidak akan diterima jika produk koyak, rosak, kotor atau telah digunakan

  - Produk perlu dihantar semula dalam bungkusan asal, dalam bentuk boleh dijual semula.

  - Kos penghantaran kepada kami adalah ditanggung pelanggan sendiri.

  -  Kos penghantaran semula ditanggung oleh pelanggan

  - Kami tidak akan bertanggungjawab jika produk hilang atau rosak dalam perjalanan pulang kepada kami, jadi pastikan produk dibungkus dengan cermat dan guna cara penghantaran yang dipercayai